Thursday, 27 September 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
Bab 2
"Okay,ni kawasan terakhir,perpustakaan.Dalam perpustakaan tu ada lagi satu bilik,kalau awak nak kan kawasan yang senyap,awak boleh masuk dalam tu." kata aku sambil jari ku terarah pada sebuah bilik yang sederhana besarnya.
"Perpustakaan ni tak cukup senyap ke sampai nak buat bilik tu?" soal Adam.
Ish..banyak tanya pulak budak nih! Eh,tapi baru aku sedar,dari tadi berjalan,baru sekarang dia bersuara.Aku ingatkan dia nih dah bisu."Bilik tuh kalau untuk orang yang nak belajar sorang-sorang.Kalau nak tahu lagi pasal bilik tu,pergi tanya PPS."
"Ouh.Okay,saya bukan nya berminat nak tahu sangat pun." jawabnya dengan nada yang angkuh.
Ish,geramnya aku,benci! Jerit aku dalam hati.
"Hai awak.Macam mana,seronok tak bawak budak baru yang hensem tu pergi pusing-pusing satu sekolah?" soal Amira setelah akku duduk di tempat aku.Nasib baik lah si Adam tu keluar,kalau tak,kembang setaman hati dia tu!
"Tak ada maknanya yang best awk oi.." jawabku malas.
"Alar,takkan lah tak ada story?" Amira tidak mahu mengalah.
"Awak nih,betul,tak ada yang best." kata aku sambil mengangkat tangan seperti orang yang sedang berikrar."Dah wak,cikgu dah masuk tu,sila berdiri tuan puteri."
"Ish!"
"Baibai awak." laung Amira sambil melambai-lambai tangannya.Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum.Suka aku melihat wajah Amira yang ceria itu.Amira memang seorang yang ceria,semua orang menyenanginya.
"Mia."
Aku pusing kebelakang apabila mendengar ada yang melaung nama ku.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Adam sedang berjalan kearah aku.
"Jom." katanya sambil berpusing ke belakang dan terus jalan.Aku tidak mengekorinya,aku hanya berdiri dan tidak mengambil kira apa yang diarahnya.
"Apa tercegat lagi ni?" soal Adam sambil menuju kembali kepada ku.
"Buat apa saya nak kena ikut awak?" tanya aku sambil memandang ke arah jalan raya.Aku hanya memandangnya dengan ekor mata saja.
"Mama saya tunggu dalam kereta.Mama awak pun ada.Cepat lah,dah lama diaorang tunggu tahu tak?" kata Adam sambil menarik tanganku.
"Eh,lepaslah!" aku menarik tanganku dengan kasar.Terkejut aku apabila dia menarik tanganku.Aku memandangnya tajam,menunjukkan yang aku tidak suka akan perbutannya yang sesuka hati memegang tanganku.
"Sorry,saya tak sengaja." ucap Adam sambil menundukkan wajahnya.Terpamer di wajahnya yang dia betul-betul menyesal dengan tindakannya sebentar tadi.
"Hm,okay,kali ni saya maafkan.Tapi kalau awak buat lagi siap lah!"
"Tak ada maknanya nak buat lagi.Tadi tu bukannya sengaja pun.Dah lah cepat.".Adam terus berjalan.
"Ish mamat ni,aku dah maafkan tu dah cukup baik dah,lagi nak sombong.Cukup baik aku tak sepak muka dia tu!" bebelku seorang diri.
"Apa awak cakap?" soal Adam.
"Bukan urusan awak.Jalan aje lah.Menyebuk aje." kataku sambil menjeling kearahnya.
Thursday, 13 September 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 1
"Okay kelas,kita ada pelajar baru hari."kata cikgu Zubaidah merangkap guru kelas aku.
"Sila perkenalkan diri kamu Adam."
"Wak,ada budak baru tuh,hensem lah awak." kata Amira,kawan baik aku satu-satu nya.
"Ye,bagus lah tuh." jawab aku sambil lewa.
"Alah awak,berhenti lah baca novel tuh.Ish,kalau awak tak berhenti saya tak nak layan!" ugut Amira.
"Okay-okay.Dah tutup dah nih.Jangan lah marah.."kata ku dalam nada memujuk.Kata-kata Amira bukan boleh dibuat main,apa yang dia kata dia pasti akan melakukannya.
"Nama saya Adam Aiman.Saya baru balik dari Australia."
Apabila mendengar nama itu,dengan automatiknya kepala aku memandang ke arah suara itu.Biar betul,tapi ada banyak nama Adam Aiman,tak mungkin mamat tu sekolah sama juga dengan aku.Tidak! Betullah mamat tuh dah balik Malaysia!
"Baiklah Adam,kamu duduk sebelah Mia.Hanya sebelah dia saja lah yang kosong."
NO!! Kenapa mesti sebelah aku jugak! Ya Allah,macam mana nih,rasa menyampah aku dekat budak nih belum hilang lagi.Adam Aiman,aku takkan lupa apa yang kau buat!
Apabila dia sudah melabuhkan punggungnya di sebelah aku,aku hanya buat tak layan.Seperti dia tidak ada disebelah aku.
"Mia,nanti kamu tolong tunjukkan Adam kawasan sekolah okay?" kata cikgu Zubaidah dengan tiba-tiba
"Cikgu kenapa mesti saya juga? Suruh lah Amira ke,kan Mira kan?"
"Eh,dah awak ketua kelas,awak lah yang kena,betul tak cikgu?" bantah Amira.
"Hm,betul tuh.Alah Mia,pergi saja lah,sekejap aje,okay?"pujuk cikgu yang seakan tidak mahu putus asa.
"Ish,yela..happy?".Akhirnya aku akur juga setelah diasak sedemikian rupa.Hm..terpaksa lah.Tapi aku rasa dia pun tak nak punya aku yang tunjukkan dia kawasan sekolah.Aku pasti! Tapi aku tidak berani umtuk toleh ke sebelah kiri aku.
"Macam tu lah.Masa rehat nanti kamu pergi."
"Okay,tapi sebelum pergi saya nak beli makanan dulu."
"Baiklah.Amira,waktu rehat lepas kamu beli makanan,kamu datang bilik guru,tolong cikgu boleh?"
"No hal cikgu." jawab Amira.
BENCI DIA,SAYANG DIA
Epiloq...
"What ma,dia nak balik Malaysia?! Are you kidding?!" soal aku.Aku tak sangka kau akan balik sini balik mamat sombong! Kenapa kau tak tinggal je kat sana sampai bila-bila? Tak payah nak balik Malaysia.
"Ya sayang..kenapa terkejut pulak ni?"
Mestilah terkejut mama sayang..aduh,dia ni memang suka mengusutkan otak aku betul lah! Tapi kenapa aku mesti rasa macam ni? Biar aje lah dia nak balik Malaysia pun,Malaysia ni besar bukan? Baiklah,aku takkan keluar dari rumah kalau dia ada dekat sebelah.Ya,rumah keluarga dia berada sebelah rumah keluarga aku ni.Mama dia dengan mama aku berkawan baik,sampai rumah pun diaorang beli dekat-dekat.
"Eh,mengelamun pulak budak ni.Kenapa ni,cuba bagi tahu mama?"
"Ehm..tak ada apa-apa lah ma,cuma tak sangka dia akan balik Malaysia cepat sangat."
"Cepat apanya? Kamu ni lah,dia dah berada di Australia tu dah 7 tahun dah kan?"
"Hm.."
"Dah,nak ikut mama tak,temankan aunty Maisarah jemput anak teruna nya itu dekat KLIA?"
"Dia balik hari ni?!"
"Ya,nak ikut ke tidak ni?"
"Tak nak la mama."
"Tak nak,dia kan kawan kamu dari kecil,kamu jangan menyesal,aunty Maisarah kata anak dia tu hensem orangnya."
Hensem? huh,disebabkan muka dia yang agak kacak tu lah dia berlagak.Kawan? hm..mama tak tau,kitaorang masa kecil-kecil bukannya kawan,tapi musuh! Bukan lah musuh sangat,cuma kitaorang selalu bergaduh bila jumpa,tapi bila depan mama kitaorang buat-buat kawan aje.Biasalah masingmasing pandai berlakon lah katakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)