Thursday, 27 September 2012

BENCI DIA,SAYANG DIA



                                                                       Bab 2

              "Okay,ni kawasan terakhir,perpustakaan.Dalam perpustakaan tu ada lagi satu bilik,kalau awak nak kan kawasan yang senyap,awak boleh masuk dalam tu." kata aku sambil jari ku terarah pada sebuah bilik yang sederhana besarnya.
             "Perpustakaan ni tak cukup senyap ke sampai nak buat bilik tu?" soal Adam.
             Ish..banyak tanya pulak budak nih! Eh,tapi baru aku sedar,dari tadi berjalan,baru sekarang dia bersuara.Aku ingatkan dia nih dah bisu."Bilik tuh kalau untuk orang yang nak belajar sorang-sorang.Kalau nak tahu lagi pasal bilik tu,pergi tanya PPS."
            "Ouh.Okay,saya bukan nya berminat nak tahu sangat pun." jawabnya dengan nada yang angkuh.
            Ish,geramnya aku,benci! Jerit aku dalam hati.

            "Hai awak.Macam mana,seronok tak bawak budak baru yang hensem tu pergi pusing-pusing satu sekolah?" soal Amira setelah akku duduk di tempat aku.Nasib baik lah si Adam tu keluar,kalau tak,kembang setaman hati dia tu!
           "Tak ada maknanya yang best awk oi.." jawabku malas.
           "Alar,takkan lah tak ada story?" Amira tidak mahu  mengalah.
           "Awak nih,betul,tak ada yang best." kata aku sambil mengangkat tangan seperti orang yang sedang berikrar."Dah wak,cikgu dah masuk tu,sila berdiri tuan puteri."
           "Ish!"


           "Baibai awak." laung Amira sambil melambai-lambai tangannya.Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum.Suka aku melihat wajah Amira yang ceria itu.Amira memang seorang yang ceria,semua orang menyenanginya.
           "Mia."
           Aku pusing kebelakang apabila mendengar ada yang melaung nama ku.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Adam sedang berjalan kearah aku.
           "Jom." katanya sambil berpusing ke belakang dan terus jalan.Aku tidak mengekorinya,aku hanya berdiri dan tidak mengambil kira apa yang diarahnya.
           "Apa tercegat lagi ni?" soal Adam sambil menuju kembali kepada ku.
           "Buat apa saya nak kena ikut awak?" tanya aku sambil memandang ke arah jalan raya.Aku hanya memandangnya dengan ekor mata saja.
           "Mama saya tunggu dalam kereta.Mama awak pun ada.Cepat lah,dah lama diaorang tunggu tahu tak?" kata Adam sambil menarik tanganku.
           "Eh,lepaslah!" aku menarik tanganku dengan kasar.Terkejut aku apabila dia menarik tanganku.Aku memandangnya tajam,menunjukkan yang aku tidak suka akan perbutannya yang sesuka hati memegang tanganku.
            "Sorry,saya tak sengaja." ucap Adam sambil menundukkan wajahnya.Terpamer di wajahnya yang dia betul-betul menyesal dengan tindakannya sebentar tadi.
            "Hm,okay,kali ni saya maafkan.Tapi kalau awak buat lagi siap lah!"
            "Tak ada  maknanya nak buat lagi.Tadi tu bukannya sengaja pun.Dah lah cepat.".Adam terus berjalan.
            "Ish mamat ni,aku dah maafkan tu dah cukup baik dah,lagi nak sombong.Cukup baik aku tak sepak muka dia tu!" bebelku seorang diri.
            "Apa awak cakap?" soal Adam.
            "Bukan urusan awak.Jalan aje lah.Menyebuk aje." kataku sambil menjeling kearahnya.
         
         

No comments:

Post a Comment