Tuesday, 30 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 9
"Apa yang dia orang kerumunkan tu?" soal Amira.Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Aku dan Amira pergi ke arah papan kenyataan dan terdapat satu notis di situ.
Terpampang besar nama aku di papan notis itu.Aku rasa macam nak menangis apabila baca apa yang tertulis di kertas yang telah ditampal dekat papan itu.
"Mia,budak kelas 5 Angkasa telah jatuh hati dengan Adam,sama kelas dengannya yang merupakan pakwe Sofea dari kelas 4 Setia." seseorang telah membaca kan apa yang telah ditampal di papan itu dengan kuat sekali.Pelajar yang mengenali aku memandang serong terhadapku.Air mataku hampir jatuh tetapi dapat ku tahan kerana aku tidak mahu nangis di hadapan semua orang.
"Ha,ni lah perempuan yang tak tahu sangat yang cuba rampas pakwe orang.Kau yang buat Adam tak layan aku sangat beberapa hari ni kan?" jerkah Sofea.
"Dasar tak tahu malu punya perempuan.Perampas." tambah kawan Sofea.
"Kau tahu tak,setiap kali aku ajak Adam balik sama-sama,dia mesti tolak.Rupanya dia balik dengan kau.Sebelum ni dia layan aku okay je.Tiba-tiba kau pula yang muncul.".Sofea mahu menampar muka Mia,tapi sempat ditahan oleh seseorang.
"Wei perempuan.Apa masalah kau.Kau fikir kau siapa nak tampar Mia ha?!"jerit seseorang dari tepi aku.Aku rasa aku mengenali pemilik suara ini.Apabila aku mengangkat kepalaku,aku lihat Adam disebelah aku.
"Adam,kenapa awak nak bela sangat dia ni.Dia cuba jauhkan kita awak tahu tak.Dia dah lama suka dekat awak,tapi dia tahu yang awak suka dekat saya lepas tu dia cuba nak rampas awak dari saya.Awak tahu tak?" kata Sofea dengan gaya gediknya.
"Wei,siapa kata aku suka dekat kau.Sedap hati kau je nak buat cerita kan.Kau kata Mia cuba jauhkan kita.Kalau betul Mia buat macam tu aku bersyukur sangat-sangat.Selama ni aku sabar je bila kau sebarkan berita yang bukan-bukan yang mengatakan aku dengan kau ni bercinta.Mentang-mentanglah aku diam je tak buat apa-apa,kau naik kepala pula sekarang kan.Sekarang kau nak malukan Mia pula.Apa hal kau ni?!"kata Adam separuh jerit.
"Adam,kenapa awak cakap macam tu dengan saya.".Muka Sofea sudah mula merah.Mungkin malu kerana Adam membongkarkan semuanya di hadapan pelajar lain.
"Suka hati aku lah nak cakap macam mana pun.Kalau dengan perempuan macam kau ni mana boleh nak cakap baik-baik."
"Ni mesti perempuan ni yang buat awak berubah .Wei perempuan,apa yang kau dah hasut Adam sampai dia cakap kat aku sampai macam ni hah?!" Sofea hendak menarik tudung Mia,tapi sempat di halang oleh Adam.
"Kau cuba lah.Sekali tangan kau kena dekat badan Mia,Habis kau aku kerjakan.Kau dengar sini,aku tak pernah pun suka dekat kau.Selama ni aku terpaksa je layan kau.Kau yang fikir lain.Dan buat pengetahuan kau,orang yang aku suka tu Mia,bukan kau.Faham."
"Dah lah Sofy,jom kita pergi." Salah seorang kawan Sofea menariknya pergi.Sofea telah pun mengalirkan air mata.Terasa barangkali.
Series,ni kali pertama aku tengok Adam mengamuk sakan.Tapi masa kecik2 dulu pun kalau aku kena buli Adam akan lindungi aku.Yalah,kenapa aku tak ingat hal tu.Aku hanya ingat memori Adam buli aku tapi memori Adam tolong aku,aku tak ingat.
"Mia ikut Adam.Amira,saya pinjam Mia sekejap.awak masuk kelas dulu.Ouh ye,bawak turun barang Mia sekali ye." pinta Adam.
"Okay."Amira senyum sambil mengenyitkan matanya pada aku.Hati aku mula gelisah.Dah lah dia dah tahu yang aku suka dia.Macam mana ni ya Allah.
"Mia okay?" soal Adam apabila kami berada depan makmal komputer.Aku tak tahu kenapa mesti dekat depan makmal.
"Ha,hmm.Te..terima kasih em..untuk tadi."aku tak tahu sejak bila aku jadi gagap,tapi hati aku berdebar-debar.Muka aku pula asyik pandang bawah.Tak mampu kot nak pandang dia ni.
Kring...
"Okay,waktu rehat dah habis,sekarang kan ICTL,masuk makmal,nanti Mia online eh,chat dengan Adam.Ada benda Adam nak bincang dengan Mia."
"Em,okay.Tapi buku kan kat atas." Baru aku tahu kenapa dia bawa aku dekat makmal ni.Pandai juga budak ni.
"Tak pe,Amira tolong ambilkan."
"Ouh,okay."
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 8
"Hello Adam." sapa seseorang dari belakang.Aku yang jalan dahulu dihadapan hanya buat tidak tahu.Tapi aku tak tahu kenapa,aku tahu itu suara perempuan dan hati aku merasa sangat tidak selesa!
"Adam wait." panggil perempuan tu lagi tapi suaranya seperti dimanjakan.Hati aku berasa sangat panas!
"Yes,what do you want?" soal Adam.
"Ala Adam,kenapa garang sangat dekat saya." kata perempuan tu dengan gaya gediknya sekali!
"Cakap lah nak apa,saya nak cepat ni." balas Adam apabila dia menarik nafas dalam-dalam.Adam sebenarnya memikirkan tentang perasaan Mia.
"Okay,nama saya Sofea.Awak boleh panggil saya Sofy je." kata Sofea sambil menghulurkan tangannya.
"Okay,awak dah tahu nama saya kan,dan kita bukan muhrim jadi tak boleh nak bersentuhan.".Aku hanya tersenyum kerana menyenangi dengan jawapan yang diberikan Adam.Sekaligus muka budak yang bernama Sofea berubah merah serta merta.
"Baiklah,saya pergi dulu.Assalamualaikum." Adam terus berlalu pergi.
"Jom." kata Adam kepada ku.Aku hanya mengekorinya dari belakang.
Sejak semalam,aku lihat yang Adam semakin rapat.Aku selalu lihat Adam dan Sofea bersama-sama dan Sofea juga sering datang ke kelas kami untuk bertemu dengan Adam.Ada juga khabar angin mengatakan yang mereka 'kapel'.Aku seperti percaya akan khabar angin tu.Mana tidaknya,Sofea merupakan pelajar perempuan yang fames dekat sekolah ni.Cantik sangat.Hati aku sakit sangat,tapi apa yang mampu aku lakukan.Sedangkan Adam pun tidak memberitahu ku apa-apa.Tapi siapa lah aku untuk dia cerita kan kehidupannya.
Ketika di tandas...
"Mia,awak tak apa-apa kan." tanya Amira tiba-tiba.
"Apa maksud awak."
"Awak boleh sembunyikannya daripada orang lain tapi tidak daripada saya oke."
Mendengarkan ucapan Amira,buat aku berasa sebak.Aku memeluk Amira dan menangis di dalam pelukannya.Amira membalas pelukan ku.Mungkin dia memahami apa yang aku rasa tika ini.
"Awak,saya rasa sedih sangat.Hati saya sakit sangat awak." kata ku dengan nada yang tersekat-sekat.Sesungguhnya aku tak boleh menahan lagi apa yang aku pendam selama ini.
"Awak tak nak bagi tahu dia tentang perasaan awak ke?" soal Amira.
"Macam lah Adam akan terima."
Kring...
"Awak,dah bunyi loceng.waktu rehat dah habis.Cuci muka,kita balik kelas.Malam nanti saya telefon awak.Okay?"
"Terima kasih awak,awak kawan saya yang terbaik."
"Saya tahu." Amira tersenyum.
Tanpa mereka sedari,hubungan mereka telah didengari oleh seseorang yang mempunyai niat jahat dari dalam tandas.
Wednesday, 24 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 7
"Wah.Mia,awak perasan tak apa yang lain dekat Adam." soal Amira.
"Ape yang lain? Saya tengok sama je."
"Ish.Awak tak perasan ke yang die pakai jam hari ni.Sebelum ni mana ada dia pakai jam kan."
Aku segera memandang pergelangan tangan Adam.Sah.Dia dah pakai hadiah yang aku kasi.Tapi dengar kata gak budak ni.Pada masa yang sama,Adam pun sedang memandang kearah Mia lalu dia mengangkat keningnya sambil tersenyum.Mia tak tahu kenapa,tapi mUkanya terasa panas dan hati nya berdebar-debar dan hangat apabila melihat senyuman Adam tu.
"Mia,Adam angkat kening kat awak lah.Korang ni bercinta eh Mia?"
"Hah? Ish,tak ada lah.Awak ni memandai je kan."
"TaK adalah.Adam angkat kening dekat awk macam pasangan kekasih lah pula.Lagi satu.Awak dah tak kutuk-kutuk si Adam tu dah.Kalau tak dulu bukan main awak kata awak tak suka dia.Apa jadi ni perasaan tak suka tu dah jadi suka pula ke?"
"Hm.Okay,saya jujur.Sebenarnya saya tak pasti yang saya suka dia ke tak.Tapi perangai dia dah berubah.Dia layan saya dengan baik,berbeza dengan dulu.Sekarang bila rapat dengan dia saya rasa ada perasaan lain.Bila tengok senyuman dia,hati saya rasa lain,macam terasa hangat.Ish..tak tahu lah wak."
"Nak dengar pendapat saya tak."soal Amira.
"Hm."
"Saya rasa yang awak dah suka dia sejak dulu.Cuma disebabkan perangai nakal yang dia buat dekat awak,awak nafikan perasaan tu.Awak kutuk-kutuk dia tu sebab dia dah balik Malaysia,so awak takut yang awak akan suka dekat dia balik.Tu yang awak kutuk-kutuk dia tu.Sekarang dia dah balik,lagi pun awak cakap yang dia layan awak dengan baik,jadi sah lah perasaan suka awk dekat dia dah kembali."
"Ada betul gak.Bagus lah teori awak.Tapi macam mana nak konferm kan apa yang saya rasa?"
"Yang bab nak conferm an tu saya tak boleh nak buat apa.Tunggu aje lah wak.Wak,jam tu awak yang bagi dekat Adam kan?"
"Hah.Mana awak tahu?"
"Dah saya yang bagi cadangan kat awak supaya beli jam memang lah saya tahu.Tapi tak sangka pula yang taste awak ni boleh tahan.Sesuai dengan dia." komen Amira.
"Pandai kawan saya ni.".Aku hanya mampu tersenyum.
"Wei.Ada budak form 2 tengah minta kapel dekat Adam lah weh!" jerit salah sorang pelajar kelas 4 Kenanga.Bila dengar je berita tu hati aku terasa dihimpit dengan batu yang besar.Rasa nak menangis pun ada!
"Mia,Amira,jom lah pergi tengok!" kata Laila terhadap aku dan Amira.
"Ehm,tak apa lah.Malas lah." Amira menjawab bagi pihak aku.Aku tahu Amira pasti tahu apa yang aku rasa.
"Mia,betul awak tak nak pergi?"
"Saya takut kalau saya tak kuat." Aku menundukkan wajahku.
"Kalau awak tak nak pergi tak apa lah.Saya faham."
"Thanks."
Amira hanya tersenyum dan aku hanya mampu membalas senyumannya ala kadar saja.
"Mia,Amira,korang tahu tak..Adam kata kan..." Laila tidak menghabiskan kata-katanya.
Aku menggenggam tangan Amira sekuat yang mungkin.Jujur aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni.Takut sangat nak dengar jawapannya.Lebih takut daripada masa nak ambil keputusan PMR.
"Adam tak terima budak tu.Malah kata Adam,dia dah ada orang yang dia suka.Korang agak-agak bila ek?" soal Laila.
"Mana lah ktaorang tahu.Laila,thanks sebab story kat kitaorang tau." kata Amira.
"Sama-sama.Tapi korang patut tengok muka budak tu.Kesian juga saya tengok."
"Ehm,mungkin bukan nasib dia untuk dapat Adam tu."
"Mungkin juga.Okay.Da.."
"Wak.Lega saya." kata Amira.
"Kenapa awak pula yang lega?"
"Saya lega bagi pihak awak."
Aku hanya mampu tersenyum tapi dalam hati,happy sangat!
Thursday, 18 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 6
"Ingatkan Mia tak tahu yang hari ni besday Adam." kata Adam dengan nada seakan-akan merajuk.?!
"Sebenarnya memang tak ingat pun.Buat apa nak ingat besday Adam.Tak ada faedah nya.Dah lah masa besday Mia sebelum Adam pergi Australia tu Adam baling kek kat Mia pastu gelak kuat-kuat dengan kawan-kawan Adam tu."kata aku.Aku memang tak boleh nak lupakan perkara tu.Dah lah ramai budak-budak sekolah aku yang datang.Keesokan hari nya satu kelas ketawa kan aku.Aku sampai tak datang seminggu sebab malu!
"Ehm,pasal tu,Adam minta maaf ek.Sebenarnya saja nak tinggalkan kenangan sebelum Adam pergi." kata Adam sambi tersenyum.
"Kenangan??!!" kata ku dengan nada yang agak kuat.Memang tak lah kalau dia cakap nak tinggalkan kenangan! Melebih kot!
Disebabkan terlalu geram,aku mengambil keputusan untuk beredar dari situ.Buat sakit hati je!
"Mia tunggu." panggil Adam.
"Nak apa?" balas ku tanpa pandang ke belakang.
"Hadiah untuk Adam tak ada ke?"
Membara hati aku bila dia tanya pasal hadiah.Aku ingatkan yang dia nak minta maaf rupanya tak.Apalagi,aku terus aja berlalu.Dia memanggil aku,tapi aku buat tak layan saja.
"Mia,cepatlah sikit." jerit mama dari bawah.Aku sengaja jalan lambat-lambat biar Adam lama tunggu.Hari ni turn dia naik sekali dengan aku.Ni lah salah satu cara aku nak balas dendam dekat dia sebab hal semalam.Malam tadi je dia dah kol 15 kali.Menggannggu je aku nak tidur.Tapi rasanya dia tak kisah pun aku turun lambat sebab bila aku turun,dia dah duduk dalam kereta dulu sambil baca buku.
"Alamak,enset mama tertingggal kat dalam bilik lah pula.Adam,Mia,tunggu sekejap ye." kata mama lal terus masuk ke dalam rumah.Semenara tunggu mama ambil ensetnya,aku melelapkan mata sekejap.
"Mia,marah ke kat Adam?"
Alangkah terkejutnya aku apabila aku membuka mataku,dia dah ada dekat sebelah aku.
"Sejak bila pulak Adam ada dekay sini?"
"Ehm..dah lama dah.Cepat lah,Mia marah Adam ke.Dan tak ada hadiah untuk Adam ke?
"Hadiah je tahu!" marah aku.
"Sebenarnya Adam cuma kisah hadiah dari Mia je.Yang lain tu Adam tak kisah sangat pun."
Terkedu aku apabila Adam berkata begitu.Panas satu muka ku ini disebabkan kata-kata dia tu.
"Dan pasal Adam baling kek tu sorry lah." kata Adam sambil menundukkan wajahnya.
Aku mengambil kesempatan untuk memandang wajahnya.Aku nak cari keikhlasan dia.Tapi rasanya dia cukup ikhlas.
"Adam,macam mana pula kamu ada dekat belakang tu?"kata mama.
"Eh aunty,tak ada pape lah." kata Adam sambil keluar dari kereta untuk pergi ke tempat asalnya.
"Bye ma,assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Sepanjang perjalanan menuju ke kelas,Adam hanya diam membisu.Seperti mula-mula kitaorang kena pergi sekolah sama-sama dulu.
"Ehm,Adam." panggilku.
"Em.."jawab Adam tanpa pandang ke arah ku.
Hai..merajuk mengalahkan perempuan!
"Nah.Sorry lah sebab buat Adam tertunggu-tunggu hadiah Mia yang tak seberapa ni".Aku menghulurkan hadiah serta kad yg aku tampal diatasnya.
Tanpa menunggu lama Adam pusing kearahku sambil tersenyum lebar.
"Thanks ye Mia.Boleh Adam buka sekarang??"
"Nak buka boleh,tapi Mia tak boleh berada dekat dengan Adam."
"Baca kad boleh tak?"
"Tak boleh."
"Kalau macam tu lebih baik tak payah bagi sekarang."
"Tak nak.Okay,bagi sini balik hadiah tu.".Aku berpura-pura untuk merampas kembali kotak tu tapi Adam meninggikan tangannya sehingga aku harus terjongket-jongket.
"Eh..okay2.Adam nak.Sorry-sorry."
"Hm,tahu pun.".Aku terus berlalu pergi masuk kelas dan Adam sudah kembali berbual denganku seperti sebelum ni.
Thursday, 11 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 5
"Adam,balik nanti tunggu kejap eh,Mia nak kena tolong cikgu angkat barang." maklumku kepada Adam.Bermula 4 bulan lepas,aku disuruh untuk balik dengan Adam.Pada mulanya aku bantah,tapi apa kan daya,kena ikut juga lah kata mama sayang ku itu.Tapi ada yang berubah pada diriku sejak aku kena balik sama-sama dengan dia ni,pendapat aku tentang diri die berubah serta merta.Layanan dia padaku pun semakin baik semenjak kami berkumpulan hari itu.Dan kami pun tidak menggunakan 'awak saya' lagi.Entah macam mana,dah bertukar gelaran.Kami membahasakan diri kami dengan nama.
"Okay." jawab Adam.
"Sorry,Mia lama sangat ke?" kata aku sambil duduk disebelah Adam.
"Eh,bila Mia sampai? Tak,mana ada lama.Kenapa tanya macam tu?"
"Dah Adam termenung je,Mia ingatkan lama.Tu lah,termenung je tahu,orang sampai pun tak sedar.Mia nak tanya ni,boleh tak?"
"Nak tanya apa? Suspen je.Kalau susah Adam tak dapat nak jawab.Jadi jangan nak tanya soalan yang susah-susah tau." kata Adam sambil tersenyum.
"Kenapa hari ni Adam macam asyik termenung aje? Sorry kalau soalan ni bagi Adam cam soalan orang busy body."kata aku dengan perlahan.
"Uih,susah juga soalan tu.Mia,hari ni berapa hari bulan?" soal Adam tiba-tiba.
"Hari ni,hm..13/5 kenapa?"
"Ehm,tak ada pape lah." Adam seakan-akan mengeluh.
Dalam diam Mia tersenyum.'Hai,aku tak tahu pula yang Adam kisah pasal benda-benda macam ni.Aku ingat kan budak laki tak kisah semua ni.Hahaha..lawak juga muka dia ni bila kecewa.' kata aku dalam hati.
"Adam,bas dah sampai tu.Cepatlah.Termenung pula dia ni." panggil aku yang sudah beratur untuk menaiki bas.
"Yelah,ish,dia yang beratur dulu.Bukan nak panggil beratur sama-sama." bebel Adam.
"Adam,mama dan papa akan bali lambat malam ni ye.Jadi kamu jaga diri ye.Tak pe ke kamu tinggal sorang2?"
"Ma,Adam kan dah besar.Adam tak pape."
"Bagus lah macam tu.Bai,assalamualaikum anak mama."
"Ehm,walaikumsalam."
"Baiklah,dah sedia semua?" soal aunty Maisarah.
"Sedia!"jawab kami serentak.Sebenarnya hari ni merupakan hari jadi Adam.Aku tak tahu lah kenapa aku boleh teringat.Semuanya terjadi disebabkan 'DJ' semalam mengumumkan bahawa semalam merupakan hari jadi Siti Nurhaliza.Tiba-tiba pula aku teringat yang esoknya hari jadi si Adam ni.Dan aunty Maisarah telah menyatakan hasratnya kepada aku juga mama untuk membuat kejutan untuk Adam.Kami pun setuju aje lah.
"Jom!" kata kami.
Tok tok.
"Alahai..siapa pula yang datang malam-malam ni.Tak yah lah uka.Entah-entah hantu kot.Dah lah sekarang dah pukul 11:50.Ish tak mungkin lah.Kau ni Dam,mulut tak boleh jaga langsung!" kata Adam.
Tok tok.Pintu diketuk lagi.
"Ish.Tunggu jap lah!" jerit Adam.Adam membawa sekali penyapu.Untuk keselamatan fikirnya.Adam jalan menuju pintu dengan berhati-hati sekali.Apabila berada di hadapan pintu,Adam memutar tombol pintu dengan perlahan dan apabila pintu dibuka..
"Surprise!!"
Disebabkan terlalu terkejut,Adam dengan pantasnya menghayun penyapu yang dipegang nya lalu terkena dekat papa nya.Papa nya mengerang kesakitan apabila dipukul oleh anak terunanya itu.Apabila Adam sedar yang orang yang dipukulnya ialah papanya sendiri,Adam segera meminta maaf kepada papanya itu.
"Apa ni Adam,habis benjol kepala papa ni tahu tak.Orang penat-penat buat surprise untuk die bla bla bla.."bebel aunty Maisarah.
"Alah,sorry lah ma,Adam terkejut sangat tadi.Lagipun siapa suruh buat surprise over macam ni." marah Adam.
"Yelah,kitaorang minta maaf sebab over sangat." kata aunty Maisarah.
"Dah2,Adam cepatlah tiup lilin ni,penatlah Mia pegang." kata aku.
"Hah,okay."dalam keadaan yang agak blur,Adam meniup lilin.
Monday, 8 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 4
"Okay,semua barang kita dah dapat cari.Mia,cer tengok barang terakhir yang kita kena cari apa?" soal Adam.
Sepanjang permainan ni,alhamdulillah Mia dan Adam dapat berkerjasama dengan baik.Cuma ada juga lah mereka bergaduh kerana tidak bersependapat.Tapi setiap kali bergaduh,Adam yang akan mengalah.Terkejut juga Mia dibuatnya.Mana tidaknya,budak keras kepala yang Mia kenal dulu,tiba-tiba boleh mengalah dengan die,ajaib ni.
"Em..lepas ni kita kena cari..eh,kenpa lukisan pun ckgu suruh kita lukis? Ni bukan 'Game Cari-Cari' (nama game yang cikgu Amanina bagi) lagi ni."
"Cikgu suruh kita lukis apa?" tanya Adam sambil datang dekat dengan Mia.
"Ni hah.Awak baca lah." Mia menghulurkan kertas yang diberi oleh cikgu Amanina.
"Gambar orang tengah duduk tepi pantai,apa ni.Tak berkaitan dengan pelajaran pun!" kata Adam separuh menjerit.
'Eh2 mamat ni,takkan cikgu suruh lukis pun marah kot? Setahu aku dulu budak ni boleh melukis?' kata Mia dalam hati. "Awak ni kenapa marah sangat?" tanya Mia.
"Bila masa pulak saya marah ni?"
"Lah,tadi tu apa? Siap tinggi kan suara lagi tu."
"Saya tinggi kan suara ke? Maaflah saya tak sedar pula.Yelah,mana tak nya,disuruh nya melukis lepas penat pusing satu sekolah cari barang-barang ni." kata Adam sambil mengangkat beg plastik yang terisi dengan barang-barang yang diminta Pn. Amanina untuk cari tadi.
'Aik,yang dia minta maaf dekat aku ni kenapa? Ish..mula2 mengalah dengan aku,sekarang minta maaf pula? Pelik-pelik..'
"Kan awak pandai lukis pemandangan.Awak lukis pemandangan,saya lukis orang dia,amacam?"
"Awak pandai lukis ke Mia?" soal Adam.
"Eh awak ni jangan ingat saya tak reti tau,sikit-sikit boleh lah.Saya tau lah saya tak pandai luks macam awak kan,tak payah lah nak cakap macam tu." kata Mia seakan-akan terasa.Tapi memang aku terasa pun!
"Lah,sorry lah,saya tanya je,tak ada maksud lain pun lah.Okay2,saya lukis pemandangan,awak lukis orang.Tapi kalau tak cantik jangan marah oke?" kata Adam sambil tersenyum.Hati Mia terbit satu perasaan yang anehapabila melihat senyuman Adam yang manis tu.
"Permintaan maaf anda diterima.Saya pun tau,kalau orang tu tak cantik jangan marah pula tau." Mia pun turut membalas senyuman Adam.
"Okay..jom mula.Masa yang cikgu bagi pun dah nak habis."
"Jom."
Mia dan Adam memilih untuk duduk dekat bangku berdekatan dengan padang.Mia hanya memerhati Adam yang asyik melukis.Mata Mia tidak lepas dari muka Adam.Mia tidak tahu kenapa mata dia tak nak lepas dari memandang muka Adam.Mia akui muka Adam memang kacak.Memang patut pun Adam mempunyai ramai peminat.
"Kenapa awak pandang saya macam tu.Dah terpikat dengan saya ke?"
"Eh,mana ada,perasan je.Saya tengok awak series sangat melukis,nampak macam tengah jawab soalan peperiksaan." dalih Mia.Aku tak tau pula yang dia kan perasan.Aduh..malu kot..Tu lah kau Mia,menggatal sangat pergi tengok muka mamat ni kenapa!
"Lah,saya je lah yang perasan.Dah,saya ada tinggal kan ruang untuk awak lukis orang,leas dah siap bagi saya balik,nak 'hias' lagi." kata Adam sambil menghulurkan kertas lukisan.
"Okay.Saya lukis perempuan tau." Fuh..nasib baik dia tak tahu.Tanpa pengetahuan Mia,Adam tersenyum apabila Mia menghembus nafas dan Adam juga tahu yang dia diperhati oleh Mia.
"Suka hati awak lah."
"Hah,dah siap!Sorry lah sebab buruk." kata Mia sambil menyerahkan kertas lukisan tersebut kepada Adam.
"Ini dikatanya buruk? Ya Allah,cantik lah ni.Merendah diri pulak dia ni.Okay,jom cepat pergi dekat bawah.Tak ada pelajar yang sampai lagi tu.Nampaknya kia orang pertama." kata Adam.
"Betullah.Jom lah cepat."
Mereka jalan beriringan menuju ke tengah padang,tempat Pn. Amanina tunggu dan merupakan 'goal' mereka.
Kenapa hari ni aku rasa lain dengan mamat sombong ni ek? Rasa macam bukan dia.Yelah,boleh cakap baik2 dengan dia tanpa berlakunya sebarang pergaduhan.Siap boleh balas-balas senyuman lagi tu.
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 3
"Baiklah kelas,hari ni kita akan main satu permainan." kata cikgu pendidikan jasmani aku,Pn Amanina.
"Alar cikgu,tak ada sukan ke?"
"Ni kira sukan lah jugak ni.Cuma sukan ni lebih best.Belum cuba belum tahu tau."
"Sukan apa yang best sangat tu cikgu?" tanya Amira.
"Okay,semua dengar.Cikgu akan berikan kamu pasangan."
"Alar cikgu,pilih sendiri lah."
"Nanti tak adil lah kalau kamu pilih sendiri.Hmm,ape kata,kamu tulis nama kamu dekat satu kertas,kamu bagi dekat cikgu,kita masukkan dalam satu kotak,pastu kamu ambil salah satu kertas yang ada,nama yang kamu dapat itu lah akan jadi pasangan kamu.Macam mana,setuju? Tapi separuh sahaja pelajar yang tulis nama,yang tidak tulis nama itu akan mengambil kertas yang berada dalam kotak. " cadang Pn. Amanina.
"Mana nak cari kotak cikgu?" soal aku.
"Kita guna kotak pensil cikgu saja lah."
"Ehm,okay."
"Okay,lepas tulis nama,bagi cikgu kertas kamu tu."
Selepas semua pelajar menyerahkan kertas yang mengandungi nama mereka,Pn. Amanina menggongcang kotak pensilnya yang mengandungi nama-nama pelajar.
"Okay,pelajar yang tidak meletakkan nama mereka didalam kotak ini sila beratur.Semua dah dapat pasangan? Sekarang pergi duduk dengan pasangan kamu tu." kata Pn. Amanina.
Ketika aku sedang mendongak langit,tiba-tiba aku tersedar yang disebelah aku ni ada orang.Apabila aku memusingkan kepala aku,alangkah terkejutnya aku apabila melihat Adam berada disebelah aku.Dengan segera aku duduk dengan tegak.
"Apa awak buat dekat sini?" soal aku.
"Sini boleh dikatakan tempat awam,bukan tempat awa je,jadi saya berhak duduk dekat mana-mana yang saya suka."
"Kat sana ada kerusi yang kosongkan,kenapa nak duduk sini juga?"
"Eh,suka hati saya lah nak duduk mana pon."
Ish,sakitnya hati aku ni! Budak ni kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?
"Okay,kalau macam tu awak duduk lah sini." kata aku sambil bangun dari kerusi itu.
"Eh,nak pergi mana tu?" soal Adam.Dia pun turut bangun dari kerusi.
"Duduk dekat tempat lain."
"Awak ni tak dengar ke cikgu cakap 'sila duduk dengan pasangan kamu'.Tu lah,lain kali jangan nak berangan je tahu."Tambah Adam apabila aku sedang blur.
"Suka hati lah.Menyebok aje!"
"Okay semua,sila datang berkumpul di sini.Game dah nak mula dah ni." kata cikgu
"Dah jm pergi dekat cikgu cepat.' kata Adam.
"Yelah.."
Subscribe to:
Posts (Atom)