Tuesday, 30 October 2012

BENCI DIA,SAYANG DIA



                                                                   BAB 8


        "Hello Adam." sapa seseorang dari belakang.Aku yang jalan dahulu dihadapan hanya buat tidak tahu.Tapi aku tak tahu kenapa,aku tahu itu suara perempuan dan hati aku merasa sangat tidak selesa!
        "Adam wait." panggil perempuan tu lagi tapi suaranya seperti dimanjakan.Hati aku berasa sangat panas!
        "Yes,what do you want?" soal Adam.
        "Ala Adam,kenapa garang sangat dekat saya." kata perempuan tu dengan gaya gediknya sekali!
        "Cakap lah nak apa,saya nak cepat ni." balas Adam apabila dia menarik nafas dalam-dalam.Adam sebenarnya memikirkan tentang perasaan Mia.
        "Okay,nama saya Sofea.Awak boleh panggil saya Sofy je." kata Sofea sambil menghulurkan tangannya.
        "Okay,awak dah tahu nama saya kan,dan kita bukan muhrim jadi tak boleh nak bersentuhan.".Aku hanya tersenyum kerana menyenangi dengan jawapan yang diberikan Adam.Sekaligus muka budak yang bernama Sofea berubah merah serta merta.
       "Baiklah,saya pergi dulu.Assalamualaikum." Adam terus berlalu pergi.
       "Jom." kata Adam kepada ku.Aku hanya mengekorinya dari belakang.
       Sejak semalam,aku lihat yang Adam semakin rapat.Aku selalu lihat Adam dan Sofea bersama-sama dan Sofea juga sering datang ke kelas kami untuk bertemu dengan Adam.Ada juga khabar angin mengatakan yang mereka 'kapel'.Aku seperti percaya akan khabar angin tu.Mana tidaknya,Sofea merupakan pelajar perempuan yang fames dekat sekolah ni.Cantik sangat.Hati aku sakit sangat,tapi apa yang mampu aku lakukan.Sedangkan Adam pun tidak memberitahu ku apa-apa.Tapi siapa lah aku untuk dia cerita kan kehidupannya.


       Ketika di tandas...

       "Mia,awak tak apa-apa kan." tanya Amira tiba-tiba.
       "Apa maksud awak."
       "Awak boleh sembunyikannya daripada orang lain tapi tidak daripada saya oke."
       Mendengarkan ucapan Amira,buat aku berasa sebak.Aku memeluk Amira dan menangis di dalam pelukannya.Amira membalas pelukan ku.Mungkin dia memahami apa yang aku rasa tika ini.
        "Awak,saya rasa sedih sangat.Hati saya sakit sangat awak." kata ku dengan nada yang tersekat-sekat.Sesungguhnya aku tak boleh menahan lagi apa yang aku pendam selama ini.
        "Awak tak nak bagi tahu dia tentang perasaan awak ke?" soal Amira.
        "Macam lah Adam akan terima."
        Kring... 
       "Awak,dah bunyi loceng.waktu rehat dah habis.Cuci muka,kita balik kelas.Malam nanti saya telefon awak.Okay?"
       "Terima kasih awak,awak kawan saya yang terbaik."
       "Saya tahu." Amira tersenyum.

       Tanpa mereka sedari,hubungan mereka telah didengari oleh seseorang yang mempunyai niat jahat dari dalam tandas.

No comments:

Post a Comment