Tuesday, 30 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 9
"Apa yang dia orang kerumunkan tu?" soal Amira.Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Aku dan Amira pergi ke arah papan kenyataan dan terdapat satu notis di situ.
Terpampang besar nama aku di papan notis itu.Aku rasa macam nak menangis apabila baca apa yang tertulis di kertas yang telah ditampal dekat papan itu.
"Mia,budak kelas 5 Angkasa telah jatuh hati dengan Adam,sama kelas dengannya yang merupakan pakwe Sofea dari kelas 4 Setia." seseorang telah membaca kan apa yang telah ditampal di papan itu dengan kuat sekali.Pelajar yang mengenali aku memandang serong terhadapku.Air mataku hampir jatuh tetapi dapat ku tahan kerana aku tidak mahu nangis di hadapan semua orang.
"Ha,ni lah perempuan yang tak tahu sangat yang cuba rampas pakwe orang.Kau yang buat Adam tak layan aku sangat beberapa hari ni kan?" jerkah Sofea.
"Dasar tak tahu malu punya perempuan.Perampas." tambah kawan Sofea.
"Kau tahu tak,setiap kali aku ajak Adam balik sama-sama,dia mesti tolak.Rupanya dia balik dengan kau.Sebelum ni dia layan aku okay je.Tiba-tiba kau pula yang muncul.".Sofea mahu menampar muka Mia,tapi sempat ditahan oleh seseorang.
"Wei perempuan.Apa masalah kau.Kau fikir kau siapa nak tampar Mia ha?!"jerit seseorang dari tepi aku.Aku rasa aku mengenali pemilik suara ini.Apabila aku mengangkat kepalaku,aku lihat Adam disebelah aku.
"Adam,kenapa awak nak bela sangat dia ni.Dia cuba jauhkan kita awak tahu tak.Dia dah lama suka dekat awak,tapi dia tahu yang awak suka dekat saya lepas tu dia cuba nak rampas awak dari saya.Awak tahu tak?" kata Sofea dengan gaya gediknya.
"Wei,siapa kata aku suka dekat kau.Sedap hati kau je nak buat cerita kan.Kau kata Mia cuba jauhkan kita.Kalau betul Mia buat macam tu aku bersyukur sangat-sangat.Selama ni aku sabar je bila kau sebarkan berita yang bukan-bukan yang mengatakan aku dengan kau ni bercinta.Mentang-mentanglah aku diam je tak buat apa-apa,kau naik kepala pula sekarang kan.Sekarang kau nak malukan Mia pula.Apa hal kau ni?!"kata Adam separuh jerit.
"Adam,kenapa awak cakap macam tu dengan saya.".Muka Sofea sudah mula merah.Mungkin malu kerana Adam membongkarkan semuanya di hadapan pelajar lain.
"Suka hati aku lah nak cakap macam mana pun.Kalau dengan perempuan macam kau ni mana boleh nak cakap baik-baik."
"Ni mesti perempuan ni yang buat awak berubah .Wei perempuan,apa yang kau dah hasut Adam sampai dia cakap kat aku sampai macam ni hah?!" Sofea hendak menarik tudung Mia,tapi sempat di halang oleh Adam.
"Kau cuba lah.Sekali tangan kau kena dekat badan Mia,Habis kau aku kerjakan.Kau dengar sini,aku tak pernah pun suka dekat kau.Selama ni aku terpaksa je layan kau.Kau yang fikir lain.Dan buat pengetahuan kau,orang yang aku suka tu Mia,bukan kau.Faham."
"Dah lah Sofy,jom kita pergi." Salah seorang kawan Sofea menariknya pergi.Sofea telah pun mengalirkan air mata.Terasa barangkali.
Series,ni kali pertama aku tengok Adam mengamuk sakan.Tapi masa kecik2 dulu pun kalau aku kena buli Adam akan lindungi aku.Yalah,kenapa aku tak ingat hal tu.Aku hanya ingat memori Adam buli aku tapi memori Adam tolong aku,aku tak ingat.
"Mia ikut Adam.Amira,saya pinjam Mia sekejap.awak masuk kelas dulu.Ouh ye,bawak turun barang Mia sekali ye." pinta Adam.
"Okay."Amira senyum sambil mengenyitkan matanya pada aku.Hati aku mula gelisah.Dah lah dia dah tahu yang aku suka dia.Macam mana ni ya Allah.
"Mia okay?" soal Adam apabila kami berada depan makmal komputer.Aku tak tahu kenapa mesti dekat depan makmal.
"Ha,hmm.Te..terima kasih em..untuk tadi."aku tak tahu sejak bila aku jadi gagap,tapi hati aku berdebar-debar.Muka aku pula asyik pandang bawah.Tak mampu kot nak pandang dia ni.
Kring...
"Okay,waktu rehat dah habis,sekarang kan ICTL,masuk makmal,nanti Mia online eh,chat dengan Adam.Ada benda Adam nak bincang dengan Mia."
"Em,okay.Tapi buku kan kat atas." Baru aku tahu kenapa dia bawa aku dekat makmal ni.Pandai juga budak ni.
"Tak pe,Amira tolong ambilkan."
"Ouh,okay."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment