Thursday, 11 October 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 5
"Adam,balik nanti tunggu kejap eh,Mia nak kena tolong cikgu angkat barang." maklumku kepada Adam.Bermula 4 bulan lepas,aku disuruh untuk balik dengan Adam.Pada mulanya aku bantah,tapi apa kan daya,kena ikut juga lah kata mama sayang ku itu.Tapi ada yang berubah pada diriku sejak aku kena balik sama-sama dengan dia ni,pendapat aku tentang diri die berubah serta merta.Layanan dia padaku pun semakin baik semenjak kami berkumpulan hari itu.Dan kami pun tidak menggunakan 'awak saya' lagi.Entah macam mana,dah bertukar gelaran.Kami membahasakan diri kami dengan nama.
"Okay." jawab Adam.
"Sorry,Mia lama sangat ke?" kata aku sambil duduk disebelah Adam.
"Eh,bila Mia sampai? Tak,mana ada lama.Kenapa tanya macam tu?"
"Dah Adam termenung je,Mia ingatkan lama.Tu lah,termenung je tahu,orang sampai pun tak sedar.Mia nak tanya ni,boleh tak?"
"Nak tanya apa? Suspen je.Kalau susah Adam tak dapat nak jawab.Jadi jangan nak tanya soalan yang susah-susah tau." kata Adam sambil tersenyum.
"Kenapa hari ni Adam macam asyik termenung aje? Sorry kalau soalan ni bagi Adam cam soalan orang busy body."kata aku dengan perlahan.
"Uih,susah juga soalan tu.Mia,hari ni berapa hari bulan?" soal Adam tiba-tiba.
"Hari ni,hm..13/5 kenapa?"
"Ehm,tak ada pape lah." Adam seakan-akan mengeluh.
Dalam diam Mia tersenyum.'Hai,aku tak tahu pula yang Adam kisah pasal benda-benda macam ni.Aku ingat kan budak laki tak kisah semua ni.Hahaha..lawak juga muka dia ni bila kecewa.' kata aku dalam hati.
"Adam,bas dah sampai tu.Cepatlah.Termenung pula dia ni." panggil aku yang sudah beratur untuk menaiki bas.
"Yelah,ish,dia yang beratur dulu.Bukan nak panggil beratur sama-sama." bebel Adam.
"Adam,mama dan papa akan bali lambat malam ni ye.Jadi kamu jaga diri ye.Tak pe ke kamu tinggal sorang2?"
"Ma,Adam kan dah besar.Adam tak pape."
"Bagus lah macam tu.Bai,assalamualaikum anak mama."
"Ehm,walaikumsalam."
"Baiklah,dah sedia semua?" soal aunty Maisarah.
"Sedia!"jawab kami serentak.Sebenarnya hari ni merupakan hari jadi Adam.Aku tak tahu lah kenapa aku boleh teringat.Semuanya terjadi disebabkan 'DJ' semalam mengumumkan bahawa semalam merupakan hari jadi Siti Nurhaliza.Tiba-tiba pula aku teringat yang esoknya hari jadi si Adam ni.Dan aunty Maisarah telah menyatakan hasratnya kepada aku juga mama untuk membuat kejutan untuk Adam.Kami pun setuju aje lah.
"Jom!" kata kami.
Tok tok.
"Alahai..siapa pula yang datang malam-malam ni.Tak yah lah uka.Entah-entah hantu kot.Dah lah sekarang dah pukul 11:50.Ish tak mungkin lah.Kau ni Dam,mulut tak boleh jaga langsung!" kata Adam.
Tok tok.Pintu diketuk lagi.
"Ish.Tunggu jap lah!" jerit Adam.Adam membawa sekali penyapu.Untuk keselamatan fikirnya.Adam jalan menuju pintu dengan berhati-hati sekali.Apabila berada di hadapan pintu,Adam memutar tombol pintu dengan perlahan dan apabila pintu dibuka..
"Surprise!!"
Disebabkan terlalu terkejut,Adam dengan pantasnya menghayun penyapu yang dipegang nya lalu terkena dekat papa nya.Papa nya mengerang kesakitan apabila dipukul oleh anak terunanya itu.Apabila Adam sedar yang orang yang dipukulnya ialah papanya sendiri,Adam segera meminta maaf kepada papanya itu.
"Apa ni Adam,habis benjol kepala papa ni tahu tak.Orang penat-penat buat surprise untuk die bla bla bla.."bebel aunty Maisarah.
"Alah,sorry lah ma,Adam terkejut sangat tadi.Lagipun siapa suruh buat surprise over macam ni." marah Adam.
"Yelah,kitaorang minta maaf sebab over sangat." kata aunty Maisarah.
"Dah2,Adam cepatlah tiup lilin ni,penatlah Mia pegang." kata aku.
"Hah,okay."dalam keadaan yang agak blur,Adam meniup lilin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment