Thursday, 13 September 2012
BENCI DIA,SAYANG DIA
BAB 1
"Okay kelas,kita ada pelajar baru hari."kata cikgu Zubaidah merangkap guru kelas aku.
"Sila perkenalkan diri kamu Adam."
"Wak,ada budak baru tuh,hensem lah awak." kata Amira,kawan baik aku satu-satu nya.
"Ye,bagus lah tuh." jawab aku sambil lewa.
"Alah awak,berhenti lah baca novel tuh.Ish,kalau awak tak berhenti saya tak nak layan!" ugut Amira.
"Okay-okay.Dah tutup dah nih.Jangan lah marah.."kata ku dalam nada memujuk.Kata-kata Amira bukan boleh dibuat main,apa yang dia kata dia pasti akan melakukannya.
"Nama saya Adam Aiman.Saya baru balik dari Australia."
Apabila mendengar nama itu,dengan automatiknya kepala aku memandang ke arah suara itu.Biar betul,tapi ada banyak nama Adam Aiman,tak mungkin mamat tu sekolah sama juga dengan aku.Tidak! Betullah mamat tuh dah balik Malaysia!
"Baiklah Adam,kamu duduk sebelah Mia.Hanya sebelah dia saja lah yang kosong."
NO!! Kenapa mesti sebelah aku jugak! Ya Allah,macam mana nih,rasa menyampah aku dekat budak nih belum hilang lagi.Adam Aiman,aku takkan lupa apa yang kau buat!
Apabila dia sudah melabuhkan punggungnya di sebelah aku,aku hanya buat tak layan.Seperti dia tidak ada disebelah aku.
"Mia,nanti kamu tolong tunjukkan Adam kawasan sekolah okay?" kata cikgu Zubaidah dengan tiba-tiba
"Cikgu kenapa mesti saya juga? Suruh lah Amira ke,kan Mira kan?"
"Eh,dah awak ketua kelas,awak lah yang kena,betul tak cikgu?" bantah Amira.
"Hm,betul tuh.Alah Mia,pergi saja lah,sekejap aje,okay?"pujuk cikgu yang seakan tidak mahu putus asa.
"Ish,yela..happy?".Akhirnya aku akur juga setelah diasak sedemikian rupa.Hm..terpaksa lah.Tapi aku rasa dia pun tak nak punya aku yang tunjukkan dia kawasan sekolah.Aku pasti! Tapi aku tidak berani umtuk toleh ke sebelah kiri aku.
"Macam tu lah.Masa rehat nanti kamu pergi."
"Okay,tapi sebelum pergi saya nak beli makanan dulu."
"Baiklah.Amira,waktu rehat lepas kamu beli makanan,kamu datang bilik guru,tolong cikgu boleh?"
"No hal cikgu." jawab Amira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment